Saturday, November 22, 2008

Hikayat seorang wanita....

Malam ini aku tertarik untuk menyentuh sedikit perasaan insan yang bergelar wanita. Tidak kira di pelusuk dunia mana pun malam ini aku dedikasikan untuk mereka. Untuk yang bergelar isteri, kekasih, guru mahupun yang terutama, yang bergelar seorang ibu. Malam indah ini aku tujukan buat mereka. Biar seluruh isi dunia mendengar, melihat dan merasa keindahan mereka.

Sebelum hatiku pergi lebih jauh dalam merungkai semua ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat ibuku, Rosnani bt Marsiddi kerana bersusah payah selama 9 bulan untuk membawa aku bersama dan melahirkan diriku. Lalu membentuk aku sehingga sebegini rupa hingga saat ini. Juga buat Saleha, terima kasih kerana membenarkan aku untuk membuka pintu hatinya yang telah tertutup buat sekian lamanya. Tanpa ada keraguan darimu untuk menerima aku merasai cintanya.

Rasa hatiku, hikayat seorang wanita ini tidak akan luput sampai bila-bila. Rentetan ceritanya begitu agung. Segala jasanya tiada terbanding. Biar 77 tahun aku menaip, masih belum tentu aku dapat menghasilkan dan meluahkan segala yang mereka telah lakukan. Setuju bukan dengan kenyataan aku kali ini?

Maha Pencipta menciptakan mereka dengan sifat yang begitu lembut namun di dalam kelembutan mereka, tersirat kekuatan hati yang tiada terbatas. Mereka mampu untuk mengharungi detik-detik getir melahirkan seorang anak. Tenaga mereka mampu untuk bekerja tanpa gaji bagi mengharmonikan sebuah rumahtangga. Telinga mereka mampu untuk mendengar bait-bait cela derhaka dari anak mereka mahupun kekerasan suami mereka. Mulut mereka mampu untuk melembutkan hati seorang lelaki. Dan hati mereka mampu membuat seorang lelaki itu menuruti kehendak mereka. Ajaib bukan?

Keogoan seorang lelaki belum tentu dapat menahan semua ini. Jarang aku mendengar cerita seorang lelaki itu mampu melakukan semua ini dengan sifat sabar. Tapi ini lah lumrah hidup seorang lelaki. Lelaki diciptakan bukan atas tujuan ini.

Tapi adakah kita mampu memberikan sepenuh kasih sayang, penghormatan dan kejujuran dalam menjaga setiap hati mereka?

Persoalan yang sering membuak di dalam hatiku. Apakah sebenarnya yang mereka mahukan dari apa yang telah mereka lakukan. Aku bukan seorang wanita jadi bagaimana harus untuk aku jawab semua persoalan tadi?

Saleha, dirimu senantiasa bersabar dengan karenahku dalam hubungan kita. Walau kadang itu diri ini mengguris hatimu, namun kamumasih sabar atas apa yang terjadi. Episod luka belum pernah tamat dalam hubungan kita. Ceritera dan hikayat ini terusan menjadi racun yang kadang kala membuat hatimu pasrah atas apa yang terjadi.

Sejauh mana aku cuba menghindar semua itu, semakin berkejaran kekuatan kemarahan.